Wednesday, October 13, 2021

Flow with river of life


Air dari atas gunung mengalir ke bawa mengharungi banyak rintangan, liku dan ranjau.  Ada batu batu besar,  pokok mati,  dan sebagainya. 

Tapi air sungai tidak berhenti dari mengalir walau apa halangan di hadapan.  Ia tetap bergerak mengalir ke destinasinya. Tidak mengeluh,  tidak menangis, tidak berhenti takut ada halangan besar yang menanti. 

Air tetap akan mengalir untuk sampai ke laut samudera.  Selagi itu air mengalir  dengan tidak jemu jemu merintas halangan dan dugaan kerana objektif utama ialah bersatu dengan air laut. 

Kita pun sama ibarat air yang mengalir dari atas gunung menuju lautan luas.  Jangan berpegang pada dahan,  batu, ranting ranting sepanjang perjalanan hidup.  Just let go and flow with river of life. Once we let go,  the life knows where it should bring us eventually. Let go anger, jelousy, fear, worries, phobias and all other negative qualities in order to reach our final life destination. 

Negative qualities adalah batu penghalang untuk kita bergerak kehadapan.  Anggap batu besar sebagai batu kecil,  pijak ke tepi atau abaikan.

Ayuh mengalir seperti air gunung menuju lautan dalam.