Wednesday, January 9, 2008

Lagi tentang Kaizen


PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN
Kini, saya ingin mengutarakan penjelasan saya mengenai konsep ``Kaizen'' di dalam Bahasa Melayu pula secara ringkas. Rata-rata, sesiapa yang pernah berkhidmat atau pun masih berkerja dengan kilang milik Jepun seperti Sony, Matsushita Panasonic, Aiwa, JVC dan kilang-kilang yang berteraskan budaya kerja cermerlang biasanya mahir serta selalunya mengamalkan budaya `kaizen' di dalam kesuluruhan kerja mereka.

Apakah `Kaizen'? Mudah sahaja. Kaizen adalah istilah bahasa Jepun yang bermaksud :

Kai - Perubahan yang lebih baik
Zen - Berkesinambungan

Etika dan nilai `Kaizen' sangat berkesan untuk meningkatkan mutu(Quality) pengeluaran dan produktiviti sesebuah perusahaan, kecil mahupun yang besar. Adalah tidak susah untuk melaksanakan keadah Kaizen terhadap kerja yang dilakukan. Selalunya, selepas kita mengenal pasti `area of work' atau kawasan kerja, proses kerja yang memerlukan `improvement' atau ``penambahbaikan'', kita harus ukur (measure) kekurangan yang sedia ada. `Brainstorming' bersama rakan-rakan sekerja untuk mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dibuat bagi memperbaiki kaedah cara kerja yang baru dan menilai dalam sesuatu jangka masa tertentu.

Prosedur baru perlu ditulis supaya ianya menjadi satu panduan serta penjelasan kepada pekerja atau staf. Di masa ini juga, perlulah `observe' kepincangan yang terdapat pada kaedah atau cara kerja yang baru dan perbaiki semula sampai berjaya menjadi mudah bagi perkerja/staf tersebut.

Langah mudah :
  1. Ambil gambar sebelum `improvement'
  2. Nilai, ukur(measure) kerja dan catit proses yang dilakukan.
  3. Kenal pasti kepincangan yang ada.
  4. `Brainstorm' bersama rakan kerja dan pekerja/staf yang terbabit terus.
  5. Cuba atau `implement' langkah-langah kaedah baru.
  6. Menilai dan ukur semula keputusan.
  7. Tulis `Arahan Kerja' baru (Work Instruction)
  8. Pastikan standard diamalkan secara berterusan.
  9. Ambil gambar selepas dan `paparkan' (dispaly) bagi semua melihat perubahan yang telah dibuat.
Sebenarya mudah mempraktik kaedah `Kaizen'. Tidak hanya terhad kepada kerja sektor perkilangan sahaja, malah Kaizen boleh diguna pakai di dalam setiap bidang kerja mahupun pada diri sendiri. Anda perlu cuba hidupkan nilai-nilai`Kaizen' pada setiap masa untuk mempertingkatkan nilai diri, keberkesanan perlaksanaan mutu kerja dan mertabat pasukan anda. Pokoknya, keuntungan dan kepuasan pelangan dapat dicapai akhirnya. ( Achieving profit and customers satisfaction)
Untuk keterangan lanjut tentang Kaizen layari : http://en.wikipedia.org/wiki/Kaizen
`Kaizen' selalu, kerja bertambah mutu!

No comments: